Kelas Pembuatan Sabun Pencuci Pinggan Semulajadi
Kursus Sabun Pencuci Pinggan Semulajadi
Pelajari cara menghasilkan sabun pencuci pinggan buku semula jadi menggunakan minyak masak terpakai melalui formulasi yang ringkas, praktikal dan mudah diikuti.
Kursus ini direka secara langkah demi langkah supaya anda bukan sekadar mengikut resipi, tetapi turut memahami fungsi bahan, proses asas pembuatan sabun, aspek keselamatan dan cara mengenal pasti masalah yang mungkin berlaku.
Apa yang anda akan pelajari
Sepanjang kursus ini, anda akan belajar cara:
- Menyediakan minyak masak terpakai sebelum digunakan
- Memahami asas formulasi sabun pencuci pinggan
- Mengendalikan sodium hydroxide (NaOH) dengan selamat
- Menyediakan larutan lye dengan betul
- Mengenal pasti tahap trace
- Menghasilkan sabun pencuci pinggan secara langkah demi langkah
- Memahami fungsi bahan tambahan dalam formulasi
- Mematangkan, memotong dan menyimpan sabun dengan betul
- Mengenal pasti masalah biasa dan cara mengatasinya
Apa yang disertakan
Pembelian kursus merangkumi:
- 6 modul pembelajaran
- Lebih kurang 1 jam 15 minit video pembelajaran
- Video demonstrasi langkah demi langkah
- Lembaran formula yang boleh dicetak
- Panduan bahan dan fungsinya
- Nota keselamatan dan pengendalian
- Panduan troubleshooting
- Akses bahan kursus secara dalam talian dan group whatsApp untuk bantuan troubleshooting percuma
Sesuai untuk siapa?
Kursus ini sesuai untuk:
- Pemula yang belum pernah membuat sabun
- Suri rumah yang ingin menghasilkan produk sendiri untuk kegunaan rumah
- Individu yang ingin memanfaatkan minyak masak terpakai
- Pemilik perniagaan kecil yang ingin memahami asas pembuatan sabun
- Peminat produk pembersihan semula jadi dan konsep low-waste
Tiada pengalaman membuat sabun diperlukan. Setiap proses diterangkan secara berperingkat supaya mudah diikuti.
Cara akses kursus
Selepas pembayaran berjaya dibuat melalui laman web, anda akan menerima akses ke kursus digital melalui akaun pelanggan anda.
Log masuk menggunakan akaun atau alamat e-mel yang digunakan semasa pembelian untuk:
- Menonton video kursus
- Mengikuti modul mengikut turutan
- Mengakses bahan pembelajaran yang disediakan
- Memuat turun lembaran formula dan panduan berkaitan
Anda boleh belajar mengikut masa dan keselesaan sendiri sepanjang tempoh akses kursus.
Belajar. Buat sendiri. Guna di rumah.
Mulakan dengan satu formulasi yang praktikal dan fahami asas di sebalik prosesnya.
Daripada minyak masak terpakai kepada sabun pencuci pinggan yang boleh digunakan semula — semuanya diterangkan secara langkah demi langkah dalam satu kursus yang mesra pemula.